26 Februari 2011 - 20:30

Televisyen Al-'Alam melaporkan isteri, dan anak-anak Ghaddafi melarikan diri ke Vienna.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut televisyen Al-'Alam, isteri Gaddafi, anak perempuan dan dua anak lelakinya melarikan diri ke Vienna.

Isteri diktator Ghaddafi, anaknya Aisyah, menantu-menantu dan anak-anaknya melarikan diri ke ibukota Vienna, Austrian kelmarin.

Manakala laman web al-Watan pula melaporkan 14 orang kaum kerabat Ghaddafi telah melarikan diri ke Vienna.

Protes besar di berbagai kota di Libya telah merebak ke ibukota Tripoli dan pertahanan di kubu Ghaddafi semakin diperketatkan.

Colonel Muammar Ghaddafi dan anak lelakinya, Saif al-Islam, Al-Saadi, al-Mutassim dan Khamis sekarang berlindung di kem tentera Bab al-Azizia, berlokasi di barat Tripoli untuk memerangi revolusi pemuda Libya.

Walau bagaimana pun anak ke-limanya tetap setia dengan angkatan revolusi. Para penganalisa politik Libya percaya, riwayat penguasaan Muammar Ghaddafi sudah menghampiri penghujungnya dan diktator ini bakal mengibarkan bendera putih dalam masa beberapa hari lagi.

Namun berdasarkan fakta, kemenangan revolusi ini akan menjadi lebih sukar berikutan kematian yang semakin meningkat.